Skip to main content

Posts

Featured

Dunia Properties - RISIKO TANPA REN

Assalamualaikum... Orang Malaysia bila nak beli rumah, mati-mati nak beli direct owner. Memang taknak guna khidmat REN atau Ejen Hartanah, kerana termakan stigma bahawa REN untung atas angin, markup harga rumah hingga jadi mahal. Saya dulu pun fikiran begitu, sehinggalah saya terlibat secara langsung dalam industri hartanah. Baru saya sedar banyak betul risiko sekiranya beli rumah direct owner. Baik guna khidmat REN selamat dari risiko camni! Risiko 1 – Harga rumah melebihi bank value Tahukah anda, jumlah pinjaman rumah tertakluk pada bank value rumah tersebut. Sesetengah owner berkeras nak jual harga rumah lebih bank value, dah haritu jiran jual harga sekian-sekian, tak mau kalah! Anda sebagai buyer pula tak tahu cara semak bank value, jadi bersetuju nak beli rumah tu pada harga di tetapkan RM400,000. Yela, beli direct owner mestilah murah kan? Tapi hakikatnya rumah tu dah lebih 10% dari bank value. Lepastu bila buat pinjaman bank, bank bagi pinjaman 90% berdasarkan va

Latest posts