Dunia Properties - RISIKO TANPA REN

Assalamualaikum...



Orang Malaysia bila nak beli rumah, mati-mati nak beli direct owner. Memang taknak guna khidmat REN atau Ejen Hartanah, kerana termakan stigma bahawa REN untung atas angin, markup harga rumah hingga jadi mahal.
Saya dulu pun fikiran begitu, sehinggalah saya terlibat secara langsung dalam industri hartanah. Baru saya sedar banyak betul risiko sekiranya beli rumah direct owner. Baik guna khidmat REN selamat dari risiko camni!
Risiko 1 – Harga rumah melebihi bank value
Tahukah anda, jumlah pinjaman rumah tertakluk pada bank value rumah tersebut. Sesetengah owner berkeras nak jual harga rumah lebih bank value, dah haritu jiran jual harga sekian-sekian, tak mau kalah!
Anda sebagai buyer pula tak tahu cara semak bank value, jadi bersetuju nak beli rumah tu pada harga di tetapkan RM400,000. Yela, beli direct owner mestilah murah kan? Tapi hakikatnya rumah tu dah lebih 10% dari bank value.
Lepastu bila buat pinjaman bank, bank bagi pinjaman 90% berdasarkan value mereka sahaja. Selebihnya kena topup 10% cash! Alamak mana nak cari lagi 10%? Deposit 10% haritu pun dah puas korek segala sumber. Banyak tu extra RM40,000 lagi nak kena cari.
Contoh apartment di jual melebihi bank value oleh direct owner
Risiko 2 – Tidak tahu status hartanah boleh dijual
Rumah jenis low cost contohnya ada sekatan gaji maksima RM5,000 untuk membeli. Malangnya owner dan buyer tidak tahu sekatan ini. Apabila tidak mendapat kelulusan dari SUK Selangor untuk membeli rumah ini, owner pula mula berdolak-dalik untuk memberi kembali deposit anda.
Risiko 3 – Deposit hangus owner dah terpakai!
Sedangkan pantai lagi berubah, inikan pula hati owner. Pada mulanya owner bersetuju menjual rumah pada harga yang anda minta. Deposit 10% pun anda dah bayar. Tapi lepastu anak isteri, saudara mara semua duk nasihat owner jangan jual, kononnya murah sangat harga tu.
Bila owner nak naikkan harga, anda tak setuju dan nak cancel pembelian, tapi owner pula tak dapat bagi kembali deposit anda. Dah terguna semua deposit bayar hutang katanya!
Menangislah anda berbulan-bulan menagih hutang dari owner! Kes ini paling banyak berlaku!
Risiko 4 – Scammer. Ini paling bahaya!
Scammer sekarang memang cerdik. Mereka tahu orang Malaysia suka beli direct owner. Jadi mereka buat iklan rumah untuk di jual, direct owner, harga 50% murah dari harga pasaran. Offer too good to be true.
Buyer yang tertarik, biasanya perlu membayar cash secepat mungkin, jika tidak buyer lain sudah ready nak booking. Segalah prosedur tidak mengikut undang-undang. Setelah berbulan-bulan masih tiada progress, barulah buyer tersedar mereka ditipu.

artikel copy paste.. tp sy berguna utk rujukan kita bersama....

~IndahChintaProperties~

Comments